Sebutan Baku Bite-Size 1: Sebutan Baku bukan sebutan yang baku

'Sebutan Baku' ialah nama bagi sistem 'sebut sebagaimana yang dieja'. Namanya sahaja mengandungi kata 'Baku' tetapi ia tidak memenuhi kriteria sosiolinguistik sebagai sebutan yang baku atas sebab ia tidak bermula sebagai sebutan dialek yang sedia ada yang ada penutur jatinya dan melalui proses pembakuan. Sebaliknya, ia dibuat-buat dan dipaksakan ke atas masyarakat. 
Sebagai perbandingan, Sebutan Johor-Riau (sesetengah sarjana menamakannya Kelainan /ə/) memenuhi kriteria sosiolinguistik dan merupakan sebutan yang baku bagi orang Singapura dan di Semenanjung Tanah Melayu lama sebelum Sebutan Baku diperkenalkan melalui perundangan.
(Mukhlis, 2019; Mukhlis & Wee, 2021)





Comments

Popular posts from this blog

Sebutan Baku Bite-Size 7: Murid sukar membaca dan mengeja tanpa Sebutan Baku?

Linguistic accommodation