Sebutan Baku Bite-Size 2: Sebutan dalam filem Melayu lama bukan Sebutan Baku

Sesetengh pihak menukil filem Melayu lama sebagai bukti Sebutan Baku sudah lama wujud. Ini suatu kekeliruan. Yang dituturkan bukan Sebutan Baku tetapi Kelainan /a/ (satu antara dua sebutan baku Bahasa Melayu yang wujud secara semula jadi). Kelainan /a/ ialah sebutan baku yang muncul secara tabii bagi penutur bahasa Melayu di utara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak. Ia juga sebutan yang lazim kedengaran dalam lagu dan puisi. Sebutan baku tabii yang satu lagi ialah Kelainan /ə/ (dipanggil juga Sebutan Johor-Riau - SJR) yang bermula di selatan Semenanjung dan lebih luas perngaruhnya berbanding Kelainan /a/. Sebutan Baku pula ialah sistem sebutan rekaan yang diperkenalkan MABBIM pada tahun 1970-80an dan dipaksakan ke atas masyarakat melalui perundangan (Malaysia pada tahun 1988 tetapi dimansuhkan pada tahun 2000; Singapura pada tahun 1993 dan dipertahankan hingga kini). 
(Mukhlis, 2019; Mukhlis & Sa'eda, 2021)

Comments

Popular posts from this blog

Sebutan Baku Bite-Size 7: Murid sukar membaca dan mengeja tanpa Sebutan Baku?

Linguistic accommodation