Sebutan Baku Bite-Size 8: Benarkah penutur yang tidak menggunakan Sebutan Baku menuturkan Bahasa Pasar?
Tidak benar. Tanggapan ini memburuk-burukkan Sebutan Johor-Riau dan penuturnya. Sebelum Sebutan Baku diwajibkan, Sebutan Johor-Riau sudah terlebih dahulu memainkan peranan sebagai sebutan baku untuk Bahasa Melayu Standard. Antara mereka yang fasih bertutur Bahasa Melayu Standard dengan Sebutan Johor-Riau ialah Presiden Republik Singapura, Puan Halimah Yacob, Mufti Singapura, Dr Nazirudin Nasir dan bekas Mufti Singapura, Dr Fatris Bakaram.
(Mukhlis & Wee, 2021; Mukhlis & Sa’eda, 2021)
Comments
Post a Comment