Sebutan Baku Bite-Size 9: Lebih sukar mematuhi prinsip Sebutan Baku ketika bercakap daripada ketika membaca

Atas sebab itulah ketidaksempurnaan Sebutan Baku (merupai sebutan hibrid) lebih menonjol dalam percakapan spontan berbanding pembacaan. Atas sebab itu jugalah orang yang bercakap secara spontan lebih lemah Sebutan Bakunya daripada pembaca berita dan sesiapa yang bercakap dengan bergantung pada skrip seperti ketika membaca ucapan atau berlakon. Wacana komunikasi spontan harian bukan lakonan; penutur tidak membaca skrip apabila bercakap.

(Mukhlis & Sa’eda, 2021; Mukhlis, 2019)


Comments

Popular posts from this blog

Sebutan Baku Bite-Size 7: Murid sukar membaca dan mengeja tanpa Sebutan Baku?

Linguistic accommodation