Posts

Showing posts from December, 2022

Sebutan Baku Bite-Size 10: Pembakuan bahasa biasanya tidak termasuk pembakuan sebutan

Image
"Sebutan Baku yang didasarkan pada ejaan sudah tidak disebut-sebut lagi di Malaysia. ..... Linguists semua bersetuju bahawa uniformity dalam bahasa terutama sekali sebutan sukar dicapai ." Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar, 10 Feb 2022, dalam emelnya kepada penulis. (juga dalam Mukhlis, 2019;  Mukhlis & Wee, 2021 )

Sebutan Baku Bite-Size 9: Lebih sukar mematuhi prinsip Sebutan Baku ketika bercakap daripada ketika membaca

Image
Atas sebab itulah ketidaksempurnaan Sebutan Baku (merupai sebutan hibrid) lebih menonjol dalam percakapan spontan berbanding pembacaan. Atas sebab itu jugalah orang yang bercakap secara spontan lebih lemah Sebutan Bakunya daripada pembaca berita dan sesiapa yang bercakap dengan bergantung pada skrip seperti ketika membaca ucapan atau berlakon. Wacana komunikasi spontan harian bukan lakonan; penutur tidak membaca skrip apabila bercakap. (Mukhlis & Sa’eda, 2021; Mukhlis, 2019)

Sebutan Baku Bite-Size 8: Benarkah penutur yang tidak menggunakan Sebutan Baku menuturkan Bahasa Pasar?

Image
Tidak benar. Tanggapan ini memburuk-burukkan Sebutan Johor-Riau dan penuturnya. Sebelum Sebutan Baku diwajibkan, Sebutan Johor-Riau sudah terlebih dahulu memainkan peranan sebagai sebutan baku untuk Bahasa Melayu Standard. Antara mereka yang fasih bertutur Bahasa Melayu Standard dengan Sebutan Johor-Riau ialah Presiden Republik Singapura, Puan Halimah Yacob, Mufti Singapura, Dr Nazirudin Nasir dan bekas Mufti Singapura, Dr Fatris Bakaram. (Mukhlis & Wee, 2021; Mukhlis & Sa’eda, 2021)

Sebutan Baku Bite-Size 7: Murid sukar membaca dan mengeja tanpa Sebutan Baku?

Image
Terkandung di dalam pernyataan yang dipersoalkan di atas ialah masalah yang murid hadapi – kesukaran membaca dan mengeja. Ia membabitkan persoalan pedagogi dan memerlukan huraian bersifat pedagogi - apakah cara mengajar yang terbaik untuk membantu murid membaca dan mengeja? Malangnya, bukan cara mengajar yang diperbaiki, bahasa pula yang tergadai apabila sistem sebutannya diubah untuk 'memudahkan' murid. Akibatnya, murid kini ‘lebih mudah’ membaca dan mengeja tetapi tidak lagi bercakap seperti ibu bapa dan datuk nenek mereka; terputus daripada identiti bahasa warisan yang sebahagian besarnya terletak pada sebutan atau loghat. Kembali kepada soalan di atas, adakah benar Sebutan Baku membantu murid membaca dan mengeja Bahasa Melayu yang sedia ada atau Bahasa Melayu yang telah diubah?  ( Mukhlis, 2019 ; Mukhlis & Wee, 2021 ;  Mukhlis & Sa’eda, 2021 )

Sebutan Baku Bite-Size 6: Murid diajar Sebutan Baku dikelilingi penutur yang mengamalkan sebutan hibrid

Image
Yang lebih berpengaruh dalam pemerolehan sebutan (aksen/loghat) bukan pengajaran secara terang ( explicit teaching )  (bagaimana menyebut huruf ini dan huruf itu) tetapi pendedahan kepada sebutan berkenaan. Murid tidak terdedah kepada Sebutan Baku kerana tiada siapa yang benar-benar menguasai sebutan itu. Yang berligar di keliling mereka ialah sebutan hibrid. Sebutan inilah yang turun kepada mereka. (Mukhlis & Sa'eda, 2021)