Posts

Bakal terbit di sebuah jurnal!

Bakal terbit pada bulan September 2023 -- Mukhlis Abu Bakar & Maisarah Zulkifkly (2023). Sebutan Hibrid di Singapura: Menganalisis Sebutan Pemimpin Politik, Pembaca Berita di Radio dan Televisyen dan Juruhebah Radio. 

Linguistic accommodation

Image
An interesting commentary  by Assoc Prof Tang Ying Ying of NTU  on TikTok CEO's use of American features in his speech at the US Congress. In her commentary, Prof Tang makes reference to linguistic accommodation, a linguistic phenomenon where the speaker assimilates to the speech patterns of his/her speech partners for specific reasons. In this instance, the CEO accommodated to the American accent to close the gap between him and the US lawmakers and make himself more acceptable to them, or that's what he thought. Worth a read, I think. https://www.channelnewsasia.com/commentary/tiktok-chew-shou-zi-singaporean-ceo-speech-accent-american-features-3395481 I'm with Prof Tang with regards to her observation that there seems to be a preference for the American accent over the British accent. It's like as if you have arrived if you speak English with the post-vocalic 'r' typical of the American accent. But historically, Singaporeans grew up with the Singapore version ...

Menghormati perbezaan, meraikan persamaan

Image
Saling memahami. Tidak perlu penyeragaman sebutan. Presiden Joko Widodo dengan sebutan standard bahasa Melayu Indonesia (Bahasa Indonesia) dan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dengan sebutan standard bahasa Melayu Tanah Melayu (Bahasa Melayu Standard). Setiap orang dengan identiti bahasa Melayu masing- masing yang dicirikan sebutan (loghat/aksen). Kalaupun timbul salah faham, kemungkinan besar atas sebab lain dan bukan sebutan kerana penyeragaman aspek bahasa yang lebih penting -- nahu, peristilahan dan ejaan -- antara Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu Standard belum tercapai. In contrast, the standardisation of English has been successful, without accent/pronunciation being subjected to any standardisation. When PM Lee Hsien Loong and PM Jacinda Ardern held a joint press conference in Singapore last year, they both spoke Standard English but their distinctive linguistic identities remained intact -- PM Lee with his Singapore accent and PM Ardern with her New Zealand accent. Si...

Sebutan Baku Bite-Size 10: Pembakuan bahasa biasanya tidak termasuk pembakuan sebutan

Image
"Sebutan Baku yang didasarkan pada ejaan sudah tidak disebut-sebut lagi di Malaysia. ..... Linguists semua bersetuju bahawa uniformity dalam bahasa terutama sekali sebutan sukar dicapai ." Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar, 10 Feb 2022, dalam emelnya kepada penulis. (juga dalam Mukhlis, 2019;  Mukhlis & Wee, 2021 )

Sebutan Baku Bite-Size 9: Lebih sukar mematuhi prinsip Sebutan Baku ketika bercakap daripada ketika membaca

Image
Atas sebab itulah ketidaksempurnaan Sebutan Baku (merupai sebutan hibrid) lebih menonjol dalam percakapan spontan berbanding pembacaan. Atas sebab itu jugalah orang yang bercakap secara spontan lebih lemah Sebutan Bakunya daripada pembaca berita dan sesiapa yang bercakap dengan bergantung pada skrip seperti ketika membaca ucapan atau berlakon. Wacana komunikasi spontan harian bukan lakonan; penutur tidak membaca skrip apabila bercakap. (Mukhlis & Sa’eda, 2021; Mukhlis, 2019)

Sebutan Baku Bite-Size 8: Benarkah penutur yang tidak menggunakan Sebutan Baku menuturkan Bahasa Pasar?

Image
Tidak benar. Tanggapan ini memburuk-burukkan Sebutan Johor-Riau dan penuturnya. Sebelum Sebutan Baku diwajibkan, Sebutan Johor-Riau sudah terlebih dahulu memainkan peranan sebagai sebutan baku untuk Bahasa Melayu Standard. Antara mereka yang fasih bertutur Bahasa Melayu Standard dengan Sebutan Johor-Riau ialah Presiden Republik Singapura, Puan Halimah Yacob, Mufti Singapura, Dr Nazirudin Nasir dan bekas Mufti Singapura, Dr Fatris Bakaram. (Mukhlis & Wee, 2021; Mukhlis & Sa’eda, 2021)

Sebutan Baku Bite-Size 7: Murid sukar membaca dan mengeja tanpa Sebutan Baku?

Image
Terkandung di dalam pernyataan yang dipersoalkan di atas ialah masalah yang murid hadapi – kesukaran membaca dan mengeja. Ia membabitkan persoalan pedagogi dan memerlukan huraian bersifat pedagogi - apakah cara mengajar yang terbaik untuk membantu murid membaca dan mengeja? Malangnya, bukan cara mengajar yang diperbaiki, bahasa pula yang tergadai apabila sistem sebutannya diubah untuk 'memudahkan' murid. Akibatnya, murid kini ‘lebih mudah’ membaca dan mengeja tetapi tidak lagi bercakap seperti ibu bapa dan datuk nenek mereka; terputus daripada identiti bahasa warisan yang sebahagian besarnya terletak pada sebutan atau loghat. Kembali kepada soalan di atas, adakah benar Sebutan Baku membantu murid membaca dan mengeja Bahasa Melayu yang sedia ada atau Bahasa Melayu yang telah diubah?  ( Mukhlis, 2019 ; Mukhlis & Wee, 2021 ;  Mukhlis & Sa’eda, 2021 )

Sebutan Baku Bite-Size 6: Murid diajar Sebutan Baku dikelilingi penutur yang mengamalkan sebutan hibrid

Image
Yang lebih berpengaruh dalam pemerolehan sebutan (aksen/loghat) bukan pengajaran secara terang ( explicit teaching )  (bagaimana menyebut huruf ini dan huruf itu) tetapi pendedahan kepada sebutan berkenaan. Murid tidak terdedah kepada Sebutan Baku kerana tiada siapa yang benar-benar menguasai sebutan itu. Yang berligar di keliling mereka ialah sebutan hibrid. Sebutan inilah yang turun kepada mereka. (Mukhlis & Sa'eda, 2021)

Sebutan Baku Bite-Size 5: Tiada siapa yang dapat bercakap dengan Sebutan Baku

Image
Tiada siapa di Singapura yang dapat bercakap menggunakan Sebutan Baku. Yang mampu diamalkan ialah sebutan hibrid (campuran Sebutan Baku dan Sebutan Johor-Riau). Pembaca berita di saluran televisyen Suria golongan yang paling dekat sebutannya dengan Sebutan Baku tetapi mereka membaca, bukan bercakap. (Mukhlis & Sa'eda, 2021)

Sebutan Baku Bite-Size 4: Sebutan Baku dipaksakan ke atas Bahasa Melayu Standard

Image
Sebelum Sebutan Baku (SB) diperkenalkan, Bahasa Melayu Standard (BMS) dan Bahasa Melayu Basahan (BMB) kedua-duanya dituturkan dengan Sebutan Johor-Riau (SJR). Dasar SB bertujuan memutuskan keterikatan antara dua dialek sosial ini apabila ia membataskan penggunaan SJR hanya kepada BMB manakala untuk BMS penutur diwajibkan menggunakan SB. Menukar-nukar loghat dalam kalangan anggota bahasa yang sama adalah anjuran yang sukar diamalkan oleh mana-mana kumpulan penutur bahasa.  (Mukhlis, 2019;  Mukhlis & Sa'eda, 2021 )

Sebutan Baku Bite-Size 3: Sebutan Baku tiada penutur jatinya

Image
Sebagai sebutan yang direka, Sebutan Baku tidak muncul secara semula jadi, oleh itu tiada penutur jatinya (rujuk Bite-Size 1).  (Mukhlis, 2019; Mukhlis & Wee, 2021; Mukhlis & Sa'eda, 2021)  

Sebutan Baku Bite-Size 2: Sebutan dalam filem Melayu lama bukan Sebutan Baku

Image
Sesetengh pihak menukil filem Melayu lama sebagai bukti Sebutan Baku sudah lama wujud. Ini suatu kekeliruan. Yang dituturkan bukan Sebutan Baku tetapi Kelainan /a/ (satu antara dua sebutan baku Bahasa Melayu yang wujud secara semula jadi). Kelainan /a/ ialah sebutan baku yang muncul secara tabii bagi penutur bahasa Melayu di utara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak. Ia juga sebutan yang lazim kedengaran dalam lagu dan puisi. Sebutan baku tabii yang satu lagi ialah Kelainan / ə / (dipanggil juga Sebutan Johor-Riau - SJR) yang bermula di selatan Semenanjung dan lebih luas perngaruhnya berbanding Kelainan /a/. Sebutan Baku pula ialah sistem sebutan rekaan yang diperkenalkan MABBIM pada tahun 1970-80an dan dipaksakan ke atas masyarakat melalui perundangan (Malaysia pada tahun 1988 tetapi dimansuhkan pada tahun 2000; Singapura pada tahun 1993 dan dipertahankan hingga kini).  (Mukhlis, 2019; Mukhlis & Sa'eda, 2021)

Sebutan Baku Bite-Size 1: Sebutan Baku bukan sebutan yang baku

Image
'Sebutan Baku' ialah nama bagi sistem 'sebut sebagaimana yang dieja'. Namanya sahaja mengandungi kata 'Baku' tetapi ia tidak memenuhi kriteria sosiolinguistik sebagai sebutan yang baku atas sebab  ia tidak bermula sebagai sebutan dialek yang sedia ada yang ada penutur jatinya dan melalui proses pembakuan. Sebaliknya,  ia dibuat-buat dan  dipaksakan ke atas masyarakat.  Sebagai perbandingan, Sebutan Johor-Riau (sesetengah sarjana menamakannya Kelainan / ə /) memenuhi kriteria sosiolinguistik dan merupakan sebutan yang baku bagi orang Singapura dan di Semenanjung Tanah Melayu lama sebelum Sebutan Baku diperkenalkan melalui perundangan. (Mukhlis, 2019;  Mukhlis & Wee, 2021)